Friday, May 15, 2009

Semua Orang Berhak untuk Berfesyen


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua,

Pada hari ini, sy telah mewujudkan satu blog khas untuk pakaian-pakaian bersaiz besar..Jika kita lihat di pasaran dan juga gedung membeli belah, pakaian yang ditawarkan sering kali adalah bersaiz kecil dan kebanyakkannye sangat cantik dipadankan dengan patung-patung manusia yang sememangnye kurus-kurus belaka...Memang baju-baju tersebut sangat cantik apabila dimodelkan begitu, namun tidak semua mampu menyarungkannya ke badan..

Oleh yang demikian, saya telah mewujudkan blog ini khas untuk mereka yang ingin mencari pakaian dengan saiz yang lebih besar. Semoga kehadiran bigsizeboutique ini dapat memudahkan dan memberikan pilihan yang lebih kepada mereka yang inginkan baju dengan saiz yang lebih besar.

Anda juga boleh membuat tempahan atau pengubahsuaian (kepada baju-baju tertentu sahaja) agar baju tersebut bersesuaian dengan diri anda. Jadikan bigsizeboutique sebagai kunjungan harian anda untuk menambahkan koleksi baju anda.

Sebarang pertanyaan, anda juga boleh emelkan kepada bigbutik@gmail.com. Kami sedia menjawab pertanyaan anda.

Anda juga boleh melawati fotopages bigsizeboutique iaitu http://yatibigbutik.fotopages.com/

Semua orang berhak untuk berfesyen !!

1 comment:

  1. cool pic, good start to your blog btw, keep up the good work

    ReplyDelete